Tuesday, November 11, 2008

Regarding my last post:

That guy is a fake. Aku dapat tau melalui researching thru internet pasal IP address. Aku jejak emel dia, dan terbuktilah dia emel dari M'sia. That's how I know dia tipu aku. Mula-mula, aku syak something's wrong bila dia emel aku salinan airway bill hadiah yang dia nak hantar kat aku. Dari situ aku tau benda tu fake sebab nama syarikat kurier tu pelik sangat. Aku tanak cakap kat sini sebab aku takut in case dia baca. I'm kinda paranoid since all this happened. Dia chat ngan aku, dia cakap suh aku pegi website kurier tu untuk track hadiah tu punya proses penghantaran. Aku pegi kat link yang dia kasi tu. Dari website tu je aku dah syak. Web tu simple sangat and seemed tak berapa rasmi dan profesional. Logo dia pun cam klakar...gambar2 pegawai kurier tengah angkat kotak2 tu pun di photoshop dengan diletakkan logo syarikat tu kat atas kotak2 tersebut.

Aku tak bodo. Aku dah syak something, so aku tak endahkan dia. Dia suruh aku isi maklumat aku kat web tu supaya pihak kurier boleh bagitau aku pasal pakej tu. Dahlah tulisan dalam scan resit kurier tu buruk giler. Alamat dia sendiri pun tak lengkap. Hantar barang berat2. Memang tak masuk akal la.

Tetiba aku teringat yang aku kasi alamat aku kat dia. That's the time when I thought I was screwed. Aku takut sangat. Aku dah track dia, and dia kat M'sia. Menyamar. SO aku takut dia might do something. Dia ada alamat aku...takut dia rompak ke, stalk aku ke, apa2 kan family aku ke..

Aku terus call adik aku kat rumah, suruh dia jaga mak ngan papa aku baik-baik. Walaupun aku tau adik aku budak2 lagi. I just tell him be careful, kalau ada orang tekan loceng jangan pegi layan. Aku takut sangat to the point of crying. Masa tu kat opis, so takleh la nak sedih. Just cemas sangat.

Aku tak layan dia sejak ari tu. Dia cakap dia nak gi Bahamas...and masa dia cakap tu dia ada kat opis dia (kononnye la..memang kalu ikut masa uk tengah pagi). Aku cakap la, 'ko tak keje ke? boleh free2 chat ngan aku?'. Dia cakap 'aku keje, tapi aku bos, boleh buat suka ati'. Aku just cakap 'U r a liar'. Sebab aku dah geram. Dia pernah cakap dia ambik projek2, kena buat proposal, cakap dia tengah pokai masa tu, kalau dia dah dapat projek tu boleh belikan aku hadiah2. Jelas sekali waktu tu dia pekerja biasa. Skang dia cakap dia bos lak.

Dia cam marah aku cakap dia 'liar'. Then dia cakap 'ok tanks u'. Siapa orang uk yang cakap cam budak tak betul cam ni? Tanks u? Nampak sangat macam orang tak fasih english. Aku dah pikir lain. Aku rasa orang ni orang itam kot?! And then aku teringat yang orang itam dari afrika suka scam orang. Aku terjumpa website yang list kan kes2 scam, ada banyak melibatkan orang dari dating sites. Ramai pompuan terkena. Jangkaan aku terhadap dia semakin kuat. Sah la. Sejak itu aku tak layan.

One night, aku bukak laptop, ym aku pun bukak la. Pastu aku gi la tengok tv ngan mak n adik aku. Masa tu dah kul 10 malam. Tetiba ada orang tekan loceng umah aku. Banyak kali plak tu. Aku dah takut ngan phobia. Aku cakap ngan mak aku jangan tengok. Aku takut. Mak aku ingat orang jaga mintak duit yuran sekuriti. Aku ngan adik aku pujuk mak aku jangan pegi tengok. "Takkan malam2 buta nak kutip hutang kot, mak. Jangan bukak...ignore je." Aku cakap. Aku kecikkan tv, sit still tak bergerak. Sampai tahan nafas...takut giler masa tu. Aku dah syak mungkin dia kot. Tapi till now aku tak tau who was that.

Then, bila dah takde bunyi loceng lagi, aku tengok sikit dari langsir (nasib baik ada langsir tebal). Takde orang dah. Aku pegi kat laptop aku. Aku terkejut tengok ym. Dia ada mesej. Hi. How are you. BUZZ. Tu je. Pastu dia log out at 9.30 gitu. Aku takut...dia kan ada kat KL, so itu menguatkan perasaan aku yang menyatakan dia datang...but I can't be sure about that. Sampai sekarang I'm not sure who was that.

Alhamdulillah, till now nothing bad happened. Aku harap keluarga aku akan selamat selamanya. Harap dia lupakan aku. Harap dia dah tak plan apa2 benda yang jahat. Dia pun dah stop mesej aku kat OC. Dah tak nampak dia online kat ym. So hope that dia lupakan aku.

Now I've learnt my lesson. Aku tak pernah terjebak ngan apa2 penipuan sebelum ni. I thought that I'm smart and strong. But this experience mengajar aku supaya jangan vulnerable sangat. Don't think that it will never happen to you. Jangan yakin sangat ngan orang dari online. And most important, don't be too desperate.

Itulah what happened to me. Aku tulis camni pu sebab masih takut dia secretly ikut aku online. Who knows...google pandai cari orang. Aku takut dia baca blog aku ni. So cakap melayu la kali ni..

No comments: